Bekas rempah ratus merupakan salah satu tempat simpanan khas yang penting untuk ramuan masakan di dapur anda.
Dengan adanya bekas ini, ramuan dan rempah ratus lebih mudah dicapai atau dicari sekiranya anda memerlukannya.
Lihat pelbagai bekas rempah ratus menarik di sini:
Ianya juga menjadikan dapur anda lebih kemas, cantik dan mungkin kelihatan moden bergantung dengan rekabentuk bekas rempah ratus yang anda beli!
Boleh diletakkan di meja berdekatan dengan dapur gas anda atau jadikannya sebagai aksesori meja makan anda!
5 Tips Memilih Bekas Rempah Ratus Yang Sesuai
Secara umumnya, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli bekas rempah ratus ini.
Pemiliha yang teliti adalah penting agar anda tidak berasa rugi setelah membuat pembelian nanti.
Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli botol rempah ratus?
1. Saiz
Pastikan anda memilih saiz yang sesuai dengan bahan rempah yang anda ingin simpan nanti.
Terlalu kecil mungkin kurang sesuai, terlalu besar pula mungkin agak membazir ruang.
Pastikan ianya muat pada rak rempah ratus yang anda telah sediakan.
2. Rekabentuk Dan Bahan
Bekas yang diperbuat daripada kaca mungkin kelihatan agak menarik namun pasti ianya mudah pecah.
Namun dengan menggunakan bekas jenis lutsinar, anda mudah mengenali rempah yang anda inginkan tanpa meletakkan label keatasnya.
Bekas yang diperbuat daripada plastik pula mungkin sesuai, namun lama kelamaan ianya mungkin reput atau menjadi pudar.
Pastikan anda memilih bekas yang tahan lasak, mudah dilihat dalamannya.
3. Penutup Kedap Udara
Tudung bekas rempah ratus juga mestilah boleh ditutup rapat.
Ada sesetengah rempah ratus yang mudah “masuk angin” dan yang paling teruk, penutup longgar akan menjadi habitat lipas!
Mungkin juga menyebabkan “rempah” anda rosak disebabkan terdedah kepada kelembapan udara yang berterusan!
Namun, ianya bergantung kepada jenis rempah yang anda ingin simpan di dalamnya.
Jika rempah yang kerap digunakan, penutup yang terlalu rapat kadangkala agak menyusahkan anda.
4. Kos ?
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk mencari harga termurah.
Namun pastikan pembelian anda berbaloi!
Biasanya kualiti barangan yang dijual setara dengan harganya.
5. Senang dibersihkan
Kerapkali menggunakan, menyentuh bekas rempah akan menjadikan permukaan luarnya semakin kotor dan berminyak.
Oleh itu, pilih bekas rempah yang mempunyai permukaan licin agar mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan tisu.
10 Pilihan Bekas Rempah Ratus Terbaik Online Malaysia, 2023!
Anda suda tetapkan kriteria pembelian bekas rempah anda?
Kami sediakan pautan dan pilihan botol/bekas rempah ratus yang kami rasakan terbaik dan menarik minat anda!
Jom lihat senarai tempat simpanan rempah ratus terbaik dan paling disukai di pasaran online Malaysia berikut:
1. Seasoning Bottle
Pelbagai saiz pilihan!
Kaca lutsinar yang menarik dan moden sesuai untuk rempah ratus dan juga makanan ringan.
Bagaimana jika letakkannya di meja makan dapur anda atau di almari kaca?
Jadikan ianya salah satu penyeri dapur anda!
Beli/Lihat Seasoning Bottle:
2. Silinder Seasoning
Penutup diperbuat daripada bahan kayu dan kelihatan agak klasik!
Salah satu bekas ramuan rempah ratus yang mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.
Bersifat lutsinar, mudah untuk anda mengenali bahan yang disimpan di dalamnya tanpa perlu letakkan label.
Beli/Lihat Silinder Bottle:
3. Stainless Steel Container
Sesuai untuk simpanan rempah ratus yang digiling halus, garam, ajinomoto dan pelbagai bahan perisa halus yang lain.
Diperbuat daripada logam kalis karat.
Ucapkan selamat tinggal kepada bekas mudah pecah!
Beli/Lihat Silinder Bottle:
4. Seasoning Bottle 2
Bekas simpanan rempah yang agak popular dan murah di pasaran online Malaysia!
Tersedia dengan “tools” dalam setiap botol seperti berus, sudu dan spiral.
Bersifat lutsinar dan moden.
Beli/Lihat Seasoning Bottle:
5. Airtight Food Container
Tidak terbatas pada tempat simpanan rempah ratus, anda juga boleh gunakkannya untuk bahan makanan.
Penutup silikon dan tanpa bau.
Bersifat kedap udara dan kalis serangga.
Saiz botol tersedia:
- 500ml
- 800ml
- 1300ml
- 1800ml
Beli/Lihat Airtight Container:
6. Balang plastik
Jika anda mencari bekas rempah ratus yang murah, balang ini mungkin sesuai untuk anda.
Diperbuat daripada plastik dan bersifat lutsinar.
Dua pilihan saiz botol 500ml dan 600ml.
Beli/Lihat Balang Murah:
7. HAHO Twist Lock
Tudung dengan kunci putar agar bekas bersifat kedap udara dan mengekalkan kesegaran rempah ratus anda.
Reka bentuk balang yang mudah dipegang dan tidak licin.
Bentuk segiempat yang menarik dan mudah disusun.
Juga sesuai untuk tempat simpanan makanan kering lain!
Spesifikasi:
- Bahan: PET & ABS Plastik Gred Makanan
- Warna: Kelabu atau Putih atau Pink atau Hijau atau Hitam Merah
- Berat Bersih & Dimensi Produk:
600ml: 201g, W11.5cm x D11.5cm x H7.8cm
1300ml: 258g, W11.5cm x D11.5cm x H15.2cm
2000ml: 354g, W11.5cm x D11.5cm x H23.0cm
Beli/Lihat Haho Twist:
8. Strongwell
Sesuai digunakan untuk menyimpan rempah ratus, buah-buahan kering, perasa dapur, makanan ringan, teh, kopi dan sebagainya.
Penyimpanan yang mudah diambil, penyimpanan tertutup, penglihatan yang lebih elegan dan moden!
Dilengkapi dengan lubang ekzos untuk mengeluarkan udara berlebihan.
Penutup silikon lembut dan padat dan mudah dibuka.
Beli/Lihat Strongwell:
9. Airtight & Spoon
Jar Jar simpanan diperbuat daripada kaca bertaraf makanan yang tidak beracun, tidak berbau dan 100% bebas BPA.
Setiap bekas kaca ditutup dengan baik, dilengkapi dengan gasket silikon dan penutup buluh semula jadi untuk memastikan makanan anda tetap bersih, segar dan selamat semasa dalam simpanan.
Tambahan, reka bentuk tembus persegi menjadikannya lebih menarik secara visual di kabinet dapur anda.
Terdapat 3 pilihan kapasiti bekas rempah ini iaitu 800ml, 1000ml dan 1200ml
Boleh dijadikan sebagai idea hadiah untuk rakan-rakan anda!
Beli/Lihat Airtight & Spoon:
10. Seasoning Bottle
Mudah dibuka, dikendalikan dan digunakan setiap hari sebagi tempat simpanan rempah untuk masakan anda.
Sesuai diletakkan berhampiran dengan dapur gas agar mudah dicapai semasa anda memasak.
Kapasiti botol kecil ini ialah 150ml.
Beli/Lihat Seasoning Bottle: