Anda mencari acuan akok elektrik?
Biasanya kuih akok dibuat dengan menggunakan acuan khas dan dibakar di atas dapur gas.
Namun anda boleh sahaja membuat kuih akok dengan menggunakan acuan akok dengan menggunakan tenaga elektrik.
Apa itu Dapur Akok Elektrik?
Secara ringkasnya, acuan jenis ini ialah mesin untuk membakar kuih akok yang berfungsi dengan menggunakan tenaga elektrik.
Walaupun kaedah membakar akok tradisional dikatakan lebih sedap, namun acuan elektrik ini sangat membantu dalam mengurangkan penggunaan dapur gas.
Ianya lebih mudah, ringkas dan lebih praktikal.
Anda boleh menghasikan kuih akok seperti dapur tradisional sebagai sarapan atau dimakan semasa minum petang.
Kelebihan & Kebaikan
Jika dikaji, ada banyak kelebihan menggunakan kaedah menghasilkan atau membakar kuih akok dengan kaedah moden ini.
Antaranya seperti berikut.
1. Fleksibel dan Ringan
Mesin membuat kuih akok elektrik ini lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Anda boleh sahaja membawa acuan elektrik ini “traveling” bersama keluarga anda.
Bayangkan santapan kuih akok bersama secawan kopi di homestay kegemaran anda!
Anda tidak perlu membeli makanan untuk sarapan di restoran berhampiran.
2. Anti Lekat
Tidak seperti acuan akok tradisional, anda tidak perlu menyapu marjerin atau minyak pada permukaan dalaman sebelum membakar kuih akok.
Anda tidak perlu risau akok yang kurang menjadi, hangus terbakar disebabkan terlupa meletakkan minyak sebelum proses membakar.
Sifat anti lekat pada permukaan dalaman mesin akok amat membantu dalam membakar kuih anda dengan sempurna dan tidak melekat.
3. Hanya dengan satu sentuhan
Anda sediakan tepung akok, masukkan kedalam acuann dan tekan butang “start”.
Anda hanya perlu tunggu kuih anda siap dibakar!
4. Boleh digunakan berkali-kali
Anda bebas menghasilkan kuih anda seberapa banyak yang anda mahu!
Yang penting, cukup untuk seisi keluarga anda!
Senarai Acuan Akok Terbaik & Terlaris Di Malaysia, 2021
Jika anda mencari acuan elektrik, kami senaraikan untuk anda.
Senarai acuan khas ini bukan sahaja digunakan untuk “membakar” kuih akok, namun boleh digunakan untuk kuih lain seperti kek cawan, takoyaki dan sebagainya!
Jom lihat acuan khas untuk kuih akok elektrik berikut.
1. Mini Akok Maker
Merupakan acuan akok yang sangat laris di pasaran online Malaysia.
Selain kuih akok, anda juga boleh membuat pelbagai jenis kuih dengan acuan elektrik ini.
Dengan beberapa acuan boleh ditukar ganti dan bersifat anti lekatan, sememangnya pilihan yang terbaik!
Harga yang agak berpatutan dan berbaloi iaitu RM75.00 sahaja.
Beli/Lihat Mini Akok Maker:
2. Russell Taylors
Menghasilkan 7 biji kuih akok sekaligus, salah satu kelebihan acuan elektrik ini.
Juga merupakan antara acuan kuih akok yang agak laris di pasaran online Malaysia.
Paling penting, bahagian dalaman adalah bersifat “non stick” dan anda akan menghasilkan kuih yang sempurna dan menyelerakan!
Harga pasaran online? RM99.99 sahaja!
Beli/Lihat Russell Taylors:
3. Gizmos Electric
Mungkin anda mencari acuan akok yang sesuai dengan kanak-kanak?
Menghasilkan kuih akok yang agak comel. Pasti anak anda sukakannya!
Dalaman anti lekat bagi memastikan anda menghasilkan kuih yang berkualiti dan terbaik.
Apa pendapat anda dengan acuan elektrik ini?
Harga jualan cuma RM70.00 sahaja.
Beli/Lihat Gizmos Electric:
4. PerySmith
Anda mencari acuan yang boleh menyediakan kuih dalam jumlah yang banyak?
Apa pendapat anda dengan acuan ini?
Namun, saiz kuih yang dihasilkan mungkin lebih kecil, kira-kira 20cm diameter.
Harga yang ditawarkan ialah RM97.00
Beli/Lihat Electric Baking:
5. Electric Multifunction
Dengan permukaan dalaman “anti-lekat”, pastinya menghasilkan kuih akok yang sedap dan cantik.
Acuan yang lebih besar dan mungkin sesuai dengan citarasa anda?
Beli/Lihat Electric Multifunction:
6. Trio
Acuan trio merupakan acuan akok elektrik yang agak laris di pasaran online seperti shopee Malaysia.
Selain membuat kuih akok, acuan ini berguna dalam menghasilkan pelbagai kuih muih lain.
Harga tawaran untuk acuan elektrik ini cuma RM149.00 sahaja.
Anda perlu pantas untuk mendapatkan acuan ini, produk agak laris dan sentiasa kehabisan stok.
Untuk maklumat pembelian, sila ke pautan berikut:
Beli/Lihat Acuan Trio:
7. Iguana Fast
Pembuat kek elektrik ini juga merupakan pilihan yang sesuai untuk menghasilkan kuih akok.
Selain itu, alat ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan pie, kek mini, muffin dan banyak lagi.
Boleh dibawa ke mana-mana dan tanpa memerlukan pembakaran dapur gas!
Harga jualan? RM122.28 sahaja!
Beli/Lihat Iguana Fast:
8. Panalux
Merupakan peralatan khas untuk pelbagai jenis kuih dan kek termasuk kuih akok.
Namun saiz kuih yang dihasilkan mungkin sedikit kecil tetapi dala kuantiti yang lebih banyak.
Harga jualan ialah RM80.00 sahaja.
Beli/Lihat Panalux: