Anda sedang mencari mesin waffle yang sesuai untuk berniaga waffle?
Atau anda inginkan waffle maker khas untuk rumah dan di dapur rumah anda?
Anda boleh terus lihat senarai waffle maker terbaru 2022 (September) di pautan beirkut:
Jika anda gemarkan waffle sebagai pencuci mulut atau makanan untuk sarapan, kini anda boleh membuatnya sendiri di rumah!
Apa itu Waffle Maker ?
Jika anda pergi ke pasaraya atau kedai-kedai berdekatan, anda pasti melihat peniaga yang membuat waffle dan menjualnya kepada orang ramai.
Waffle sememangnya sedap dimakan bersama inti cokelat cair, mentega dan mentega kacang.
Namun, pernahkah anda terfikir untuk membuatnya sendiri di rumah?
Waffle maker ialah alat ataupun mesin khas yang digunakan untuk membuat waffle.
Biasanya mesin ini bersifat anti lekat, ringkas dan menggunakan kuasa elektrik untuk proses membakar waffle.
Berita baiknya, anda boleh perolehinya di pasaran online!
Tips Penjagaan Mesin Waffle Maker
Bahagian dalaman mesin waffle merupakan bahagian yang perlu diutamakan bagi memastikan anda sentiasa menghasilkan waffle yang baik dan tidak melekat.
Berikut merupakan tips agar permukaan dalaman mesin waffle maker anda sentiasa dalam keadaan yang baik.
- Elakkan membersihkan alat waffle maker semasa masih panas. Biarkan sehingga sejuk sepenuhnya.
- Semasa ingin membersihkan permukaan dalaman, jangan masukkan seluruh pembuat wafel ke dalam air.
- Elakkan membersihkan bahagian dalaman waffle maker dengan bulu keluli atau pembersih kasar.
- Jangan sekali-kali menggunakan pisau atau benda runcing untuk membersihkan pembuat wafel anda.
Perlu diingat, bahagian acuan dalaman waffle maker adalah bahagian yang sangat penting.
Bahagian dalaman biasanya disaluti dengan lapisan anti lekat agar waffle yang dibakar tidak melekat dan masak dengan sempurna.
Apabila bahagian dalaman terjejas, tercalar ianya mungkin menghasilkan tindakbalas kimia yang memudaratkan kesihatan anda.
Selain itu, waffle yang dihasilkan mungkin tidak sempurna, hangus atau melekat.
Cara membersihkan Dalaman Mesin Waffle
Anda sudah pelajari tips penjagaan mesin waffle ini?
Bagaimana pula cara membersihkannya dengan betul?
Berikut merupakan tips pembersihan yang boleh anda praktikkan di rumah:
- Jika terdapat sisa minyak, lap dengan tuala atau gunakan kertas kering.
- Sapu serpihan sisa waffle dengan berus dapur yang lembut atau berus gigi.
- Keluarkan sisa waffle yang tersekat pada besi dengan spatula getah.
- Untuk mengeluarkan sisa yang mengeras, letakkan bahagian tersebut dengan minyak masak. Tunggu 5 minit agar adunan menjadi lembut. Lap adunan dengan tuala kertas atau kain.
- Untuk mengelakkan pewarnaan dan penumpukan minyak jangka panjang, lap pembakar dalaman dengan kain lembap atau tuala kertas.
- Pastikan mesin wafel kering sepenuhnya sebelum disimpan.
4 Tips Memilih Waffle Maker Terbaik
Ada beberapa asas penting yang anda perlu pertimbangkan semasa anda membeli waffle maker.
Pertimbangan ini agak penting agar anda membeli alat pembakar waffle yang sesuai dengan penggunaan anda.
Agar anda dapat menggunakannya dengan maksimum, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
1. Untuk Perniagaan?
Jika anda merancang untuk dapatkan alat pembuat waffle untuk tujuan berniaga, anda perlu dapatkan mesin jenis heavy duty.
Senarai nombor 2 dan 7 adalah mesin yang paling sesuai untuk digunakan secara berterusan.
Jika anda bertujuan untuk membuat waffle untuk keluarga sahaja, ada baiknya anda dapatkan mesin waffle yang ringkas seperti trio dan double panalux.
2. Multifungsi
Anda ingin membakar roti, donut dan pop cake selain daripada membuat waffle?
Ada beberapa produk pembuat waffle yang menawarkan fungsi pelbagai.
Kami juga sertakan senarainya untuk panduan pemilihan anda.
3. Non-Stick
Perkara yang paling utama dalam penyediaan waffle bakar ialah, kualiti waffle yang dihasilkan.
Mesin waffle jenis non stick merupakan perkara yang perlu anda utamakan dalam membuat pembelian.
4. Warranti dan Maklumbalas pengguna.
Warranti juga merupakan aspek yang perlu diutamakan.
Pengeluar produk yang memberikan jaminan sehingga 2 tahun penggunaan produknya menunjukkan mereka amat yakin akan ketahanan dan kualiti produk mereka.
Anda juga perlu ambil kira maklumbalas pengguna.
Lihat komen dan rating yang diberikan pengguna terdahulu.
Lihat komen berkaitan dengan kualiti produk.
Senarai Waffle Maker Terbaik Di Malaysia 2021
Anda tidak perlu lagi bersusah payah membeli waffle di luar rumah atau kedai berdekatan anda.
Kami senaraikan pelbagai jelana alat pembuat waffle atau mesin waffle yang sesuai untuk dapur atau merealisasikan perniagaan waffle anda.
Jom lihat senarai kami.
Senarai mesin waffle yang paling popular dan terlaris di pasaran online Malaysia!
1. Double Panalux
Merupakan alat waffle maker yang paling sesuai di dapur rumah anda!
Telah dibeli dan digunakan lebih daripada 1k pengguna online.
Anak anda juga pasti sukakannya!
Harga alat pembuat waffle ini semestinya agak murah, RM57.00 sahaja!
Spesfikasi:
- Dalaman anti lekat
- Permukaan luaran yang tidak panas.
- Mempunyai klip kunci keselamatan
- Senang dibersihkan dan digunakan.
Beli/Lihat Panalux Double:
2. Commercial Waffle Maker
Jika anda mencari mesin waffle untuk tujuan berniaga, produk ini merupakan pilihan yang paling sesuai!
Namun, boleh sahaja anda gunakan untuk dapur anda!
Boleh membuat 2 waffle dalam satu masa.
Senang dibersihkan dan tahan karat kerana badan mesin ini dibuat daripada material stainless steel.
Bahagian dalam dilapisi dengan Teflon gred makanan anti lekat, menjadikan waffle anda rangup dan mudah untuk dikeluarkan daripada mesin.
Harga pasaran online: RM399.00
Beli/Lihat Commercial Waffle Maker:
3. Sonifer
Sonifer merupakan jenama alat pembuat waffle yang agak laris dengan pembelian melebihi 2k di pasaran online Malaysia.
Permukaan dalaman dicipta supaya bersifat anti lekat, menjadikan waffle anda kelihatan menarik dan pastinya sedap!
Alat ini didipta untuk kegunaan di rumah, pastinya di dapur anda.
Harga jualan: RM96.90
Beli/Lihat Sonifer:
4. Russell Taylors
Jom kita berkenalan dengan pembuat waffle jenama Russell Taylors pula.
Untuk pengetahuan anda, alat pembuat waffle ini merupakan jenama yang paling laris di pasaran online Shopee.
Setakat artikel ini ditulis, mesin khas untuk membuat waffle ini telah dibeli dan digunakan lebih daripada 6k pengguna di Malaysia.
Yang pasti, mesin ini mendapat rating positif yang amat menggalakkan daripada pembeli yang telah menggunakannya!
Spesifikasi:
- CIri-ciri dalaman anti lekat.
- Kecil, tidak memerlukan ruang dapur yang besar
- Waffle anda senang dikeluarkan daripada mesin!
- Mudah dibersihkan & lengkap dengan “child lock” untuk keselamatan.
Jom jadikan alat ini sebagai perkakasan dapur anda!
Harga semasa: RM 79.99- RM89.90 sahaja
Beli/Lihat Russell Taylors
5. Russell Taylors Rotating
Juga produk daripada Russell Taylors.
Namun sedikit berbeza daripada senarai yang ke-4.
Mempunyai 9 tetapan pembakaran waffle, dip tray yang boleh ditanggalkan, anti lekatan dan boleh “dipusingkan” merupakan antara kelebihan mesin waffle ini.
Harga jualan: RM139.00 sahaja.
Beli/Lihat Russell Taylors Rotating
6. Trio Waffle
Jenama barangan perkakasan dapur yang agak terkenal.
Trio waffle juga merupakan saingan kepada Russell Taylors dimana produk ini juga agak laris dengan mencatat lebih daripada 2k pembelian secara online di Shopee Malaysia!
Jenama yang agak berkualiti diyakini sehingga pihak pengeluar memberikan jaminan 1 tahun kepada pengguna!
Seperti Russell Taylors Rotating, mesin pembuat wafle ini juga agak fleksibel dan boleh dipusingkan agar anda tidak perlu menggunakan alat untuk mengeluarkan waffle daripada tempat pembakaran.
Dip Tray boleh ditanggalkan untuk memudahkan proses pembersihan.
Harga semasa: RM145.00
Beli/Lihat Trio Waffle:
7. Single Commercial
Jika anda ingin membeli mesin waffle dengan kualiti waffle yang sama seperti di kedai berdekatan, mesin waffle ini merupakan piliha yang sesuai.
Sangat sesuai diletakkan di dapur anda!
Lapisan luaran keluli tahan karat stainless steel, dijamin tahan lama.
Bayangkan anda mempunyai alat pembuat waffle sendiri, percuma dan anda boleh letakkan cokelat, jem atau apa-apa sahaja untuk jadikan waffle anda sedap!
Spesifikasi dan kelebihan:
- Gred makanan Teflon anti lekat
- Badan tahan karat komersial, kebersihan dan pembersihan mudah
- Kawal Pemasaan Mekanikal
- Julat pelarasan suhu 50-300 darjah celcius
- Pemegang kukuh, tidak mudah tergelincir
- 180 darjah Fungsi berputar untuk memasak sekata
- Boleh digunakan di dapur rumah, restoran, pasaraya, kafe, gerai dan lain-lain.
Dengan jaminan 1 tahun (warranty)!
Harga semasa: RM189.00
Beli/Lihat Single Commercial:
8. 5 In 1 Waffle Maker
Jika semua alat pembuat waffle khas yang telah kami senaraikan tidak sesuai di mata anda, bagamana jika anda pertimbangkan perkakasan dapur ini pula?
Selain daripada membuat waffle, alat ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan kuih tart, doughnuts, sandwich….
Alat ini tersedia dengan 5 plat anti lekat khas yang boleh ditukar ganti mengikut menu sarapan yang anda ingin sediakan.
Harga: RM 119.99 sahaja.
Beli/Lihat 5 In 1 Waffle Maker:
9. Electrova Classic
Merupakan alat pembuat waffle dengan fungsi 4 dalam 1.
Produk terbaru untuk membakar waffle, sandwich, donat dan lain-lain.
Mesin datang dengan 4 acuan utama
Kebaikan dan spesifikasi:
- Membuat waffle, donut, pop dan sandwich
- Dalaman anti lekat
- Mudah dibersihkan
- Warranti 2 tahun.
- Tapak anti gelincir (kukuh pada kedudukanya)
Harga semasa: RM96.00
Beli/Lihat Electrova:
10. PerySmith
Merupakan jenama perkakasan dapur yang sememangnya terkenal di Malaysia.
Pelbagai barangan perkakasan dapur terbaik dari perysmith anda boleh lihat di pautan ini
Alat pembakar waffle menawarkan gaya baru, moden dan futuristik.
Mempunyai tapak getah untuk kedudukan tetap dan tidak mudah teralih.
Menawarkan fungsi 3 dalam 1 iaitu kemampuan untuk membakar, waffle, sandwich dan omelette.
Spesifikasi dan kelebihan:
- Fungsi 3 dalam 1
- Bebas PTFE & PFOA dan semestinya anti lekat
- Model: WM360, Kuasa: 600W
- Voltan 220-240V ~ 50 / 60Hz
- Berat 1.3KG
- Saiz (mm): 42cm x 8.5cm x 14cm
- Panjang Kabel: 1 meter
- Aksesori termasuk: Roti roti Wafel, Omelet & Sandwich.
- 2 Tahun waranti terhad kepada penggunaan di dapur rumah
Beli/Lihat PerySmith:
11. Bossman Kaden
Alat membakar waffle dengan kelebihan seperti berikut:
- Penyimpanan mudah, kunci boleh diakses & kaki getah tidak tergelincir.
- Alat pembakar wafel, alat bakar sandwic & alat bakar Omelet.
- Pemasa sehingga 30 minit dengan penutupan automatik.
- Alat bakar tidak melekat gred makanan boleh tanggal.
Spesifikasi Produk:
- Model: BK600
- Kuasa: 600W
- Voltan: 220-240V~50/60Hz
- Berat: 2.9KG
- Saiz (cm): 29cm x 21cm x 20cm
- Aksesori termasuk: Wafel, Omelette & Alat pembakar Sandwic.
Waranti Terhad 2 Tahun untuk kegunaan rumah sahaja.
*Terpakai untuk Motor sahaja.
Beli/Lihat Bossman Kaden: